♥ Bawalah aku ke jalan Allah,♥
♥ Nasihatilah daku,♥
♥ Perbetulkan kesilapanku,♥
♥ Jagalah aku dengan baik,♥
...♥ Kasihanilah aku,♥
♥ lindungilah aku,♥
♥ Berilah kasih sayang padaku,♥
♥ Hargailah aku,♥
♥ Ucapkan terima kasih atas kelebihanku,♥
♥ Bersabar denganku,♥
♥ Terimalah & cintailah kekuranganku,♥
♥ Jadi IMAM terbaik & redhalah padanku..♥
♥ moga aku menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..InsyaAllah..amiin.
Assalamualaikum...
Dalam badan kita ada banyak AIR.. Tapi, kenapa bila kulit terluka, DARAH yang keluar? Dalam hati kita ada banyak DARAH.. Tapi kenapa bila hati terluka, AIR MATA yang keluar? :)
Tuesday, 23 August 2011
Monday, 22 August 2011
SAHABAT
· Wahai sahabatku,
Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.
Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak,
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak,
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak,
maka pertahankanlah Islam dimata dunia.
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak,
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.
Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak,
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.
Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak,
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.
Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak,
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.
Namun ku tahu kau bakal menjadi seorang GURU kelak,
maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar
kelak menjadi GOLONGAN di atas...
Walau dimana juapun kita semua kan tercampak jauh,
hiduplah di atas satu landasan kebenaran iaitu Islam.
Sekadar peringatan utk diri n smua.
InsyaAllah, sama2lah kita berusaha utk mendapat keredaan-Nya dlm setiap pekerjaan yg kita lakukan.
p/s: Moga Allah berikan petunjuk ke jalan yg benar. Amin :) ♥
Friday, 19 August 2011
CINTA LAUT DAN LANGIT
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling
menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut
terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab
sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna
laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-
kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit
mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak
menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-
merahan.
Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus
jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu
sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya
mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus
asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan
dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah
di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit
dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut
mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu
pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu
datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan
laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan
awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-
pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia
tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi
untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa
terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap
langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat
dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.
Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon
yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

SAKIT NYA BERCINTA
Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar.
Bagi yang mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar. Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga menyelesaikan masalah tersebut.Kesakitan cinta ini makin terasa ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan tiada siapa yang ingin menolong.
Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-bila masa.
Subscribe to:
Posts (Atom)