Assalamualaikum...


Dalam badan kita ada banyak AIR.. Tapi, kenapa bila kulit terluka, DARAH yang keluar? Dalam hati kita ada banyak DARAH.. Tapi kenapa bila hati terluka, AIR MATA yang keluar? :)

Thursday 20 September 2012

10 PERANGKAP sYAITAN


ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Thursday 3 November 2011

Aku tertarik denan cerite nye....


Pak Arab.

Salam...

Lama dah tak update blog ni.sejak habis exam arituh rasanya.
tapi tak mengapa rasanya sebab memang tak tahu nak tulis apa pun.hihi

Tetapi!hari ini....terasa nak berkongsi sedikit pada semua tentang pak arab.
ringkas sahaja tak panjang pun.

Tengah hari tadi,aku rasakan akulah orang yang paling tension dan paling marah kat dunia ini.Sebabnya,janji tidak ditepati.Aku sepatutnya bertolak dari rumah ke Abu Ela'( kawasan tumpuan sekarang di mesir untuk membeli baju sejuk oleh student mesir tak kiralah medic atau pengajian ) sejak jam 10 pagi,aku dah berjanji dengan rakanku ini pada waktu tersebut.Malangnya rakan aku ini masih tidur dan bangkit tepat jam 1 tengah hari! Padahal rakanku ini yang minta tolong dari aku untuk temankan dia....erm....

Aku mulai rasa tidak puas hati....
Sebab ini bukanlah kali pertama perkara ini berlaku....dah banyak kali dah tetapi aku cuba untuk tetapkan pada diri aku supaya menepati janji.

Lepas itu,aku pun bertolak bersama rakanku ini dengan menaiki motosikal
( aku yang bawa ) ke destinasi pada jam 2.30 petang setelah aku menunggu lagi untuk dia bersiap.Lama....aku makin 'panas'.

Sekadar Hiasan

Aku rasa hari ini jugak aku bawa motor dalam keadaan yang sangat berbahaya.Aku bawa laju sambil potong kenderaan lain macam pelesit.Hati tengah 'panas'la katakan,aku sudah tak kesah semua dah.Rakanku buat lawak pun aku tak endah.Protes....

Lepas itu sampai la kat satu kawasan ni,traffic jam.Kereta banyak,aku nak 'menciluk' pun dah tak ada ruang.Aku pun berhenti sebentar....menanti ruang untuk jalan.

Jangan tiru aksi ini

Adalah seorang pak arab,bawa motor juga berhenti sebelah aku.Atas motor tu ada 3orang sekali naik.(perkara biasa di sini)....aku buat tak endah sahaja sebab aku pernah tengok yang lagi dahsyat lagi.6 orang naik satu motor!(dah macam sarkas aku tengok)....hihi

Lepas itu,pak arab tu tegur aku sambil usik2 helmet aku.Hati aku yang tengah 'panas' ni pun berkata "Apa pasal pula arab ni,usik2 pula!".Aku tak pandang pun muka arab tu.Dia usik aku lagi.Dia sentuh2 bahu aku.."eh,geram pula aku!".

Aku terus pandang muka pak arab tu,lalu dia pun terus tegur aku.
"Saya minat la dengan helmet kamu ni,bagi saya boleh?"(setelah ditranslate ke bahasa melayu).Pak arab ni bercakap dengan nada bergurau sambil senyum kat aku.
Aku bila mana dengar dia cakap macam itu,dengan gaya seorang arab bergurau (buat sapa2 yang tinggal di mesir mungkin tahu macam mana gurauan seorang pak arab.....kadang2 lawak,kadang2 kita pula yang tension)....tapi kes yang ni aku terhibur,tidak tahu sebab apa.Lantas aku pun tersenyum pada pak arab ni.Serta merta hilang perasaan marah aku tadi.Aku sudah boleh kontrol diri aku balik,aku pun mula memberi respon pada rakan aku tadi (kesian kat dia) dan aku sudah mula bersuara dan berjenaka dengan rakan aku tadi.Terima kasih pak arab!

Nasihat aku:
1) Janganlah ikut sangat perasaan marah tu,lagi kita marah....lagi hilang pedoman kita.Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku 'merempit' tadi,tiada apa2 berlaku.Kalau terjadi apa2?

2) Cubalah kita semua tepati masa,kalau berjanji tu,tepati.Itu sifat muslim.

3) Ada juga orang yang begitu anti dengan pak arab,tidak perlulah sampai begitu,semuanya hamba Allah.Kita baik dengan orang....insyaallah,orang akan baik pada kita.

4) Senyumlah selalu.Selain ianya sedekah,dapat juga redakan kemarahan kita.Insyaallah.

*Kalau rakan aku tahu aku ada cerita kat semua pasal dia mesti dia marah.hihi.
Takpe2 aku sudah maafkan kesalahan kau tadi.Aku dah tak kesah.

Ya Rasulullah!

Baru sahaja tadi aku mendengar tazkirah yang disampaikan oleh rakanku berkenaan dengan kekasih junjungan kita Rasulullah s.a.w.

Nada penyampaiannya bersahaja,malahan suara serta gaya bahasanya tidaklah sebaik penceramah2 yg wujud di merata dunia..Tetapi!!
Kalam-kalam yg diberikannya berkenaan Rasulullah s.a.w sangatlah menyentuh jiwa kepada barangsiapa yg mendengarnya..
Aku terasa sebak di hati..ingin aku titiskan air mata tp aku tahan..

Rakanku ni menyampaikan kisah ketika Rasulullah s.a.w semakin hampir ajalnya untuk pulang ke rahmat Allah s.w.t.Lebih kurang macam ni kisahnya:

Ketika sudah hampir nazaknya Baginda..di sisinya ketika itu anaknya Fatimah r.a,tiba-tiba ada seorang mengetuk pintu lalu memberi salam.Katanya ingin bertemu dengan Rasulullah s.a.w.Lalu Fatimah r.a menjawab mengatakan akan ketidaksihatan Rasulullah s.a.w untuk melayan tetamu.
Rasulullah s.a.w bertanya kepada Fatimah,"Tahukah kamu wahai Fatimah siapa yg datang itu?"."Tidak ya Rasulullah"jawab Fatimah.Seterusnya Rasulullah berkata"Beliaulah orang yg memisahkan antara kenikmatan sementara di dunia ini,wahai Fatimah".Lalu Fatimah menangis kerana fahamlah bahwa sudah tiba akan masanya ajal bapanya itu.

Maka datanglah Malaikat Maut beserta Malaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w."Apakah yg disediakan oleh Allah untukku,wahai Jibril?"tanya Rasulullah kepada Jibril.
Jibril menjawab"Bahawasanya pintu2 syurga telah terbuka luas untuk menerima ketibaan Rasulullah s.a.w yg mulia ini".Tetapi Rasulullah s.a.w tidak berpuas hati dengan jawapan itu.

Tahu apa yg seterusnya ditanya oleh Rasulullah?
APAKAH YG DISEDIAKAN OLEH ALLAH UNTUK UMATKU?

Jibril menjawab"Aku pernah mendengar bahwa Allah pernah berfirman"Tidak akan masuk syurga itu melainkan dimasukkan dahulu dari golongan dari umat Nabi Muhammad s.a.w."

Aku mulai sebak.Betapa cintanya Rasulullah s.a.w kepada kita..Sedangkan beliau ketika itu sedang menghadapi sakaratulmaut.Tetapi betapa jarangya kita mengingati beliau!

Seterusnya Malaikat Maut mula mencabut nyawa Rasulullah s.a.w.Dan ketika sakaratulmaut itu.Rasulullah ada berkata"Ya Allah...betapa pedihnya ketika nyawa dicabut Ya Allah..KAU gabungkanlah kesakitan sakaratulmaut umatku keatas ku sahaja Ya Allah,janganlah KAU timpakan kepada mereka Ya Allah...".

Ummati(umatku)..ummati(umatku)..ummati(umatku)..kalimah inilah yg sentiasa bertiti di bibir Rasulullah s.a.w ketika sakaratulmautnya itu.

Lihatlah betapa cintanya Rasulullah.s.a.w kepada kita sebagai umatnya.Oleh itu apalah salahnya kita sentiasa berselawat keatasnya pada setiap masa.
ALLAHUMMA SOLLI A'LAIHI WASSALLIM WA A'ALA AALIH.




Aku berdosa!




 hari ni dan sebelumnya byk kali aku dah buat dosa pada ALLAH S.W.T.-pencipta aku
aku malu sebenarnya,
tgok aper yg ak dh buat!
aku buat perkara yang ALLAH larang!
ALLAH suruh amal ma’ruf nahi mungkar..tapi aku?! amal mungkar,
kata nak masuk syurga….kalau nak masuk syurga mesti kena ikut syaratnya,
kena ada ‘kunci’ nak buka ‘pintu’ syurga tu nanti….
tapi aku dah dapat ke ‘kunci’ tu?
sampai berani dah nak buat dosa…(kira dah confirm masuk la tu)

memang betul,
setiap kali lepas dah buat dosa,aku pasti rasa bersalah kat benak hati aku..
tapi esok dan esoknya, aku buat benda yang sama,dosa yang sama,
aku tahu Allah itu MAHA PENGAMPUN,MAHA PENERIMA TAUBAT…
nak ke Allah terima taubat aku?
dah la aku kadang-kadang terlepas perkara fardhu…
benda sunat lagi la,
pergi masjid?
selagi tak sampai hari jumaat atau bermusafir…
tak der la aku nak pegi masjid…kalau nak dikira memang ramai dah yang ajak aku pegi masjid..
diorang kata”kalaulah kita org muslim tak imarahkan masjid sape lagi!takkan kita nak suruh org nasrani atau masihi!”
sekali lagi..nak ke Allah terima taubat org yang jarang sekali ziarah serta imarahkan rumahNya?
Allah ada menyebut dalam kitabnyer(yang jarang juga aku baca)

Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : “Sesungguhnya saya bertaubat sekarang”. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.

surah an-nisaa,ayat 18

nak ke aku tergolong dalam golongan yg bila malaikat maut dh tarik roh aku baru nk bertaubat?nak ke?!

AKU TAK NAKKKK !

YA ALLAH SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI,DAN SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENERIMA TAUBAT.
AKU MOHON PADAMU YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA-DOSAKU SELAMA INI YA ALLAH..
AKU BERTAUBAT PADAMU YA ALLAH…DAN BERHARAP PADA REDHAMU YA ALLAH..
AKU BERTAUBAT YA ALLAH..AKU TIDAK AKAN MENGULANGI DOSA-DOSA YANG PERNAH AKU LAKUKAN…SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PENERIMA TAUBAT…
MAAFKAN AKU YA ALLAH..

amin ya rabbal a’lamin………

Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar.
surah an-nisaa,ayat 146.

MAAFKAN AKU YA RABBI…

Monday 26 September 2011

Renungan:

   "Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.." -Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun.. "Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.." -Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik.. "Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.." -Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya.. P/s: Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita taw segala²nya..

Bila ada yang....

Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..
Bila dia pergi, kejarilah selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi

Cinta ini bukan milik kita..


Memang SAKIT..ketika kita BERHARAP seseorang menemani hidup kita tetapi TAKDIR berkata lain..hanya meninggalkan rasa SAKIT dan pedih..akan tetapi PERCAYALAH, hal itu sesuatu yang TERBAIK dari Allah..kerana sudah jelas, segala kehidupan, PILIHAN..di tentukan oleh yang MAHA KUASA..

Jangan pernah menangis, akibat orang yang kita HARAPKAN tidak selamanya bersama kita..namun MENANGISLAH saat kita lupa pada yang Maha Kuasa, segala kesusahah akan HILANG pada waktunya dan akan menimbulkan KEINDAHAN kelak, percayalah pada KebesaranNya..bahawa Allah Maha Tahu, mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya..bahagia BUKAN berada dihujung jalan, tetapi di sepanjang jalan..~

> Seringkali, KECEWA itu hadir..mungkin atau memang kerana kita menaruh harapan BESAR pada manusia, bukan pula pada Allah.. ♥♥

Rupanya LEBIH BERAT menanggung AIR MATA di hati berbanding MENGESAT air mata di pipi..